SALAM TEMAN_TEMAN….BAGI MEMUDAHKAN PROSES BER”BLOG”…BLOG INI TELAH BERPINDAH KE ALAMAT DI BAWAH:
http://kapanakuberbicara.blogspot.com/
HARAP TEMAN-TEMAN BOLWH LAYARI DI SANA…
TERIMA KASIH
SALAM
|
SALAM TEMAN_TEMAN….BAGI MEMUDAHKAN PROSES BER”BLOG”…BLOG INI TELAH BERPINDAH KE ALAMAT DI BAWAH: http://kapanakuberbicara.blogspot.com/ HARAP TEMAN-TEMAN BOLWH LAYARI DI SANA… TERIMA KASIH SALAM Tanggal 2 Mei 1949…bertempat di Kampung Pulau Sebang, Tampin, Negeri Sembilan (ini bukan lagu J.Sham Pop Yeah Yeah k..hahahha)…telah lahir seorang anak lelaki kedua kepada Mamat dan Sokyah (eddy n safzan jgn gelak…)cucu kepada Hjh Maryam (aji yam pulau) di “baruh” dan cucu kepada Hj Yassin dan Hjh Fatimah “darek” @darat…..anak lelaki ini kemudiannya dinamakan sebagai Ismail, tapi makin bosar dikenali sebagai “N” (sebabnya sampai arinie aku pun tak tahu)….kalau sebut je “N” kat pulau sobang tuh takde yang tak kenal la…cucu ji yam katenye… Dibesarkan dlm suasana kampung…semue keje dibuatnya…mana ceruk tak diterokainya…aku masih ingat “N” cerita padaku ekpedisinya mencari labah-labah kat “montang” semata-mata nak buat lwan..tapi tak pulak die cerite die menang ke kalah….menang agaknya (tahazzun..sangka baik kan..)ahhhahahah…tapi pengalaman “N” cukup banyak sebelum dia dibawa ke Kuala Lumpur untuk dibesarkan bersama ayahanda dan bondanya… Sekadar berkongsi akan keglamouran si “N” sama kalian…yang cukup membanggakan aku, masa aku di Darjah Enam, tahun 1992, aku naik teksi untuk ke sekolah Taman Melawati untuk main hoki, borak2 la dengan pakcik teksi, sekali rupanya “waris” orang Tampin juga…acik teksi ni sekitar umur 40-an…terus aku cerita yang ayah aku nama Mail asal dari pulau duduk umah kat simpang pulau…sekali acik nie terus sambut cerita aku…katanya “cucu aji yam? dak N ko?” Perghhhhhhhhhhhh..lagend dowh si “N” nie….itu belum lagi aku balik kampung sekitar tahun awal tahun 2000 kerana kematian moyang aku…sekali ada org tua naik motor lalu depan aku dan si “N” sekali acik tuo nie patah balik 2-3 kali…sekali dari jauh dia jerit “Ekau dak N yo!!!” terus turun motor dan peluk si “N”..rupanya kawan darjah 2 si N…Pergh glamour doh…..N the Legend…hahhahaha Itu hanya sekelumit kisah si “N” yang bisa aku kongsi…tapi banyak lagi kisahnya yang bisa aku coretkan..cuma nanti jadi laman web “N” plak kan…cumanya insan bergelar “N” ini cukup bermakna dalam hidupku..dia lah segalanya…baik buruk dia tetap ayahanda aku….nah ayahanda sempena tanggal keramat 2 Mei ini…izinkan anakanda ucapakan: Selamat Ulangtahun Ayahanda Tercinta….
May
06
2009
1 Mei 2009: Akhirnya Senarai Saf Pimpian MyPSA WA diumumkan…Posted by: fareedismail in MyPSA WAAlhamdulillah….setelah selama 2 minggu mencari dan melantik calon-calon daripada kalangan ahli2 MyPSA Western Australia…Sebelum tengah malam 30 April 2009…Aku dimaklumkan oleh Y. Berusaha Setiausaha 1 MyPSA WA…semua calon telah bersetuju dengan perlantikan mereka… Tempoh 2 minggu ini merupakan satu cabaran awal yang aku kira cukup mencabar tetapi dengan kerja keras teman-teman lima bersaudara…kami akhirnya telah berjaya melantik kesemua calon itu… Aku sengaja meletakkan sasaran tanggal 1 Mei 2009 sebagai tarikh pengumuman Saf Pimpinan ini sesuai dengan Hari Pekerja di tanahair…Kepada semua yang dilantik…selamat berbakti dan memikul amanah ahli MyPSA WA…. Yang pasti kerana aku orangnya yang sentimental sama tarikh2…aku berjaya menukilkan 1 Mei 2009: Akhirnya Senarai Saf Pimpinan MyPSA WA diumumkan… Aduhhh….sudah 2 minggu lamanya aku tidak menukilkan tinta mindaku…Nampak gayanya, aku harus meningkatkan konsistensi aku dalam mengemaskini “kapan aku berbicara” ini…banyak yang udah aku lalui, namun tidak kesampaian untuk dikongsi sama teman-teman… Apapun, aku mulai dengan kekecewaan aku sama pasukan Arsenal yang tewas sekali lagi kepada MU dlm perubatan tempat ke perlwanan akhir Piala Juara-Juara Eropah…Harapan aku kok tewas di Old Trafford, mungkin bisa bungkam melwan menewaskan MU di Emirates..tapi nyata kecewa!! aduhai…sudah 3 musim aku dengarkan, pasukan masih muda bla bla bla…ia benar, aku lagi kagumi Arsene Wenger kerana bisa punyai ramai anak muda yang dibangunkan kudrat mereka,terus menjadi nama besar bola sepak dunia…Namun, sebagai penyokong…terus terang dinyatakan…KAMI DAHAGAKAN KEMENANGAN!!! Nah, mungkin bisa dibuat sesuatu untuk memenuhi aspirasi penyokong the Gunners… Walaupun begitu, banyak perkara yang bisa kita pelajari selain dari kemahiran bola dan sebagainya daripada keghairahan kita mengikuti perlawanan-perlawanan separuh akhir UEFA ini…sampai tidak cukup tidur segala….Barangkali aku tertarik dengan sinisan teman ku di Facebook…katanya kalau begini semngatnya penyokong bolasepak di Malaysia dalam mengikuti perkembangan LIgaSuper Malaysia, alangkah bagusnya….Ia benar!!! Aku menyokong temanku di MSN ini, sewjarnya kalau kite senarai kita pasukan pilihan dan ikutan kita dlm dunia bola sepak ini, harap-harapnya, jgn lupa pasukan kelab di negara sendiri….misalnya:
Tidak salah punyai pasukan pilihan di negara lain, tapi jgn lupa pasukan kita di bumi kita sendiri….KALAU BUKAN KITA YANG MENYOKONG MASAKAN SI DAVID BECKHAM YANG AKAN SOKONG SELANGOR???!!!! Renung-renungkan… Tiada kekuatan dan daya upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Agung….Itulah antara ungakpan aku tatkala diumumkan sebagai Presiden Pertama MyPSA WA bagi sesi 2009/2010. Alhamdulillah…Tahniah dan Takziah pada diriku sendiri…. Walaupun menang tipis dengan 43 undi berbalas 39 undi….tapi telah cukup membuktikan kepercayaan yang teman-teman MyPSA WA berikan kepada aku…InsyaAllah…tidak akan aku persiakan amanah yang teman-teman berikan ini….keputusan ini bagi diriku sesuatu yg cukup besar, menang dengan 4 undi cukup berharga padaku …dengan tempoh aku berada di Perth cuma 5 bulan 5 hari ketika dicalonkan….cukup menjadi indikator kepada kepercayaan teman-teman sekalian..terima kasih kalian..jazakAllah InsyaAllah, sekarang kami sedang mengorak langkah untuk melantik 12 Exco bagi sama-sama mengukuhkan MyPSA WA…Bagi semua yang membaca, harapnya bisa doakan kekuatan bagi diriku dan teman-teman yang terpilih dalam melaksanakan AMANAH yang dikurniakan Illahi ini serta dalam masa yang sama Cemerlang dalam AKADEMIK…AMIN Akhirnya, terima kasih buat semua……meskipun aku masih “muda rumaja” di sini..tetapi aku yakin dengan qada dan qadar…segalanya sudah ditentukan Illahi….(sekali pun jika ditakdirkan tempoh hari aku tewas, InsyaAllah tidak sekali-kali keluar kata-kata “kalau ada kawan aku dtg…pasti aku menang!!”….ayat ini seolah-olah kita menolak qada & qadar Illahi) Apapun, sama ada baik atau buruk keputusan ini, kini aku memegang amanah yang cukup besar sebagai seorg PEMIMPIN KECIL…aku tetap yakin, inilah…TAKDIR ILLAHI Buat kalian semua…..barangkali tertanya-tanya apa dia itu HARAPAN KITA UNTUK MyPSA WA yang aku terus titipkan di blog aku ini untuk beberapa ketika yang lalu… Kisahnya begini….udah ditakdirkan Illahi, tanggal 13 April 2009 menjadi saksi aku dicalonkan buat kali kedua (setelah kali pertama aku menolaknya…) untuk bertanding merebut jawatan Presiden MyPSA WA yang pertama di bumi Perth ini….Tatkala menerima pencalonan pertama, aku terus menolak kerana aku fikirkan soal “keremajaan” aku di sini dan janjiku untuk brangkali”low profile” aja di perantauan ini..namun setelah dicalonkan kali kedua, di hujani pula dengan sokongan lisan yang aku terima…atas dasar menghormati kepercayaan teman-teman, aku menerima cabaran ini… Bukan mudah untuk aku menerima pencalonan ini….aku cuba mendaptkan sebanyak mungkin pandangan..yang ter”aula” daripada kedua ibubapa ku, yang lebih mengerti anaknya ini, bahkan aku pohon restu dari mereka berdua jika aku terus menerima pencalonan itu…aku juga mendapatkan pandangan teman-teman akrab ku baik yg berada di sini, Kuala Lumpur, gombak, tebet, makasar, melbourne, dan di mana aja…yang mengenali diri aku ini….lantas satu aja jawapan mereka…”udah ditakdirkan Illahi Fareed, lagi pula bukan mudah mendapat kepercayaan org” Atas pegangan ini, aku bertawakkal, keris azimatku yang telah aku simpan sedari tahun 2003(tahun terakhir aku memimpin segerombalan manusia)…langsung aku keluarkan…jika benar aku mau berpencak, atas falsafah pendekar, biar lawan habis-habisan….aku masuk ke gelanggang bukan mau tunduk dan mengaku kalah begitu aja..jika benar aku tumpas, biar aku tumpas dengan bermaruah!!! aku lagi kabarkan kepada seorg teman akrab aku….aku nie kan Ahmad Fareed Ismail Mohamad Yassin Dahir…sekali maju pantang berundur!!! ( iya buat kalian yg tidak memahami, aku lantaran mau berantakan bisa aja mengungkapkan ayat ini…cuma udah lama tidak diucapkan..haahahaa) Langsung aku memulakan kempen2 aku untk memenangi undi sekalian ahli MyPSA WA di sini…….aku sedar, org yang aku tentangi itu bukan calang-calang, mantan Timbalan Pengerusi Penaja (walaupun dia meminta dirinya dilantik dulu..hahhaha), punyai pengaruh yang besar di Putrajaya (katanya…)…namun adat berlawan, jangn merendahkan musuh…lantas aku menumpukan kepada cadangan serta manifesto aku aja…dan ini lah yang aku titipkan buat kalian di blog aku ini dengan judul “Harapan Kita untuk MyPSA WA” Bahkan aku turut melancarkan laman web aku sendiri di URL berikut: http://sites.google.com/site/fareedcv2009/ Benarnya, webpage ini sebahagian “assignment” yang penyelia aku berikan lebih kurang sebulan sebelum kejadian ini terjadi..benarlah seperti sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa….aku redha Nah keputusannya bagaimana? Mesyuarat Agung itu telah berlangsung seminggu yang lalu…Keputusannya??? Assalamualaikum and Good Day…
To all my fellow MAWARian (especially Postgraduate Students/Tourist/Tursua),
I would like to take this precious opportunity to invite humbly everybody to our very first AGM of Malaysian Posgraduate Students Association (MyPSA) WA tommorrow as stated below:
Date : 18 April 2009
Place: Lecture Theatre 213, room 101, Curtin University of Technology.
Time : 12 Noon
Again, I wish to emphasize that MyPSA WA is OUR ASSOCIATION, not any single person’s treasure or belonging, it is OURS. Thus, it is OUR responsibility to ensure MyPSA WA is right on track and moving forward to contribute for OUR members’ benefits and welfare.
Let us come together as ONE COMMUNITY to Curtin University of Technology tommorow and put all our differences aside for OUR NEW JOURNEY.
Let us mark this day…mark this day my fellow friends… as our new beginning to raise OUR HOPE FOR MyPSA WA. InsyaAllah.
Wassalam and Salam Perpaduan.
” Our Welfare, Our Commitment”
“Together We Strenghthen MyPSA WA”
Sincerely,
Ahmad Fareed Ismail
Calon Presiden MyPSA WA 2009
Salam kepada Sdr. Azhar dan semua warga MAWAR,
Terima kasih atas kesudian untuk membaca hebahan yg saya kemukakan untuk perhatian semua. Sememangnya saya menantikan soalan-soalan begini bagi memberi ruang kepada saya untuk menjelaskan HARAPAN KITA UNTUK MyPSA WA. Terima kasih banyak kepada soalan yang cukup bernas daripada Sdr. Azhar.
Berikut adalah respon saya kepada persoalan yang Sdr. Azhar kemukakan (respon saya ditulis dalam ink biru)…
1. Saya melawat website saudara, dan saya melihat banyak statement-statement strategik, tetapi saya melihat tiada strategi taktikal.
Ya benar tiada strategi taktikal yang saya nyatakan di laman web tersebut kerana saya berharap kepada soalan seperti diutarakan ini agar dapat saya jelaskan dengan lebih lanjut. Bahkan saya telah meminta JK Penaja untk memberi ruang sblm pengundian untuk saya kupas perkara ini.
Sekiranya saudara dilantik, apakah plan of attack / game plan saudara ie, apakah aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan untuk mencapai visi/misi yg telah diutarakan ?
Baik, semua aktiviti yang bakal MyPSA anjurkan (jika saya diberikan peluang) akan disandarkan pada ASAS yang saya utarakan agar kita tidak lari dari tujuan penubuhan MyPSA. Saya mempunyai hasrat untuk tidak mengemukakan tawaran berbentuk AKTIVITI bagi pertimbangan semua. Ini kerana sebaik sahaja InsyaAllah saya diberikan kepercayaan memimpin MyPSA WA, perkara pertama yang akan dilakukan ialah BRAINSTORMING AKTIVITI dengan seluruh teman-teman di dalam MyPSA (bukan pemimpin sahaja, tetapi semua ahli). Sebab itu di dalam laman web itu saya jelaskan, saya lebih cenderung kepada “bottom-up organization” , dengan memberi ruang kepada semue untuk memberikan pandangan dan cadangan. Kalu tak karang takut, buat program SS (Syok Sendiri)… Walaubagaimanapun, itu tidak bererti saya tidak mempunyai agenda untuk “operationalize” asas yang saya utarakan. Sebagai “appetizer” dan menghormati soalan Sdr Azhar saya jelas “sedikit” dahulu perancangan yang ada di minda saya.
1. KEBAJIKAN KITA -Meneruskan SEGALA USAHA KEBAJIKAN daripada jawatankuasa penaja terdahulu
-Mewujudkan Borang Pemantauan: Borang ini akan dibangunkan merangkumi segala aspek kebajikan ahli dan keluarga…contohny a, perkembangan akademik, jika wujud masalah dengan penyelia, masalah kewangan, masalh keluaraga dsb. Borang ini akan diisi oleh setiap wakil universti/ Exco tertentu yang bakal dilantik setiap bulan/ 2 bulan sekali untuk melaporkan atau mencula segala perkembangan ahli-ahli kita dari semasa ke semasa. Caranya bukanlah secara skema (bagi questionnaire dsb), tetapi secara ziarah/bertanya khabar dan yang lebih mesra serta berhemah.
-Rumah Transit dan Homestay: bagi membantu samaada penuntut baru yang bujang atau bekeluarga untuk mendapat penginapan sementara ketika mula-mula sampai ke WA. Maklumat ahli baru ini akan di maklumkan terlebih dahulu kepada semua ahli MyPSA dan juga MAWAR untuk memberi ruang kepada mana-mana pihak membuat tawaran (sewa dsb). Program ini juga mungkin nanti boleh dilanjutkan kepada mana2 warga Malaysia/sahabat/ saudara yang berkunjung ke WA juga. Takperlu lagi fikir soal hotel atau backpackers. …
2. KECEMERLANGAN AKADEMIK KITA - Program Selamat Datang kpd ahli baru ke WA (dikalangan ahli-ahli MyPSA boleh memberikan perkongsian pengalaman belajar di WA bagi setiap Universiti/bidang pengajian, expectation dari supervisor, dan yg paling penting penerangan perkara asas untuk meneruskan survival di WA).
- Peer-to-Peer Sharing: Dalam bidang penulisan misalnya, kita InsyaAllah adakan satu ruangan dlm Forum di laman web baru MyPSA, untuk kita perbaiki penulisan makalah teman-teman kita…mungkin untuk mengatasi masalah penulisan dlm bahasa Inggeris.
3. KEKELUARGAAN KITA -Program Mesra MyPSA: Tidak perlu tunggu hingga Family Day baru kita berkumpul… Program ini mungkin berupa aktiviti bulanan/ 2 bulan sekali; dan yg lebih kepada pertemuan informal, sekadar untuk berkumpul dan bertanya khabar dll. Barangkali aktiviti sukan boleh dijadikan tulang belakang kepada program ini. Apa yang saya dapat fikirkan lokasinya akan berpindah dari satu universiti ke universiti yang lain bagi memecahkan (jika wujud) sebarang perasaan “keuniversitian” di sini, kerana kita tidak mahu oleh kerana Murdoch agak jauh maka kita jarang berkunjung ke sana dsb.
4. KUKUHKAN MyPSA KITA -Gerakan untuk menambah keahlian (kerjasama dgn semua Postgraduate Association di setiap Univ di WA; kenapa? record yang dipunyai setiap Uni adalah lebih credible, terkini dan reliable)
-Menjalankan aktiviti dengan semua Persatuan Malaysia di WA dan Persatuan2 lain seperti Muslim Association, Persatuan Negara-Negara lain, NGO etc. Kenapa? Menjual nama MyPSA agar diketahui umum dan dapat menjadi ikutan terutamanya kepada Persatuan Malaysia yang lain.
2. Satu perbezaan di antara persatuan pelajar di peringkat Universiti dan persatuan seperti ini ialah faktor dan perkara yang diperjuangkan adalah agak berlainan. Di sini, kita ada faktor keluarga, hidup di tempat asing, masalah pasangan (Turist/Tursua) , hubungan dengan Konsulat, dll. Pada pandangan saudara, apakah cabaran dan halangan yang mungkin dihadapi dan sekiranya dilantik, apakah solution kepada cabaran dan halangan tersebut ? (where we are, where we want to be, how to get there)
Saya bersetuju setiap persatuan mempunyai khalayak yang berbeza. Inilah cabaran bagi saya untuk mempraktikkan segala ilmu dan pengalaman yang telah saya timba selama ini dalam memimpin kumpulan dan hierki yang berbeza. Apapun bagi saya, pada dasarnya setiap persatuan tidak kira dimana juga, mempunyai titik pertemuan yang sama iaitu “mengurus dan menjaga kebajikan ahli-ahlinya” . Ini lah yang saya yakin InsyaAllah saya punyai kekuatan dan kemahiran untuk laksanakan.
Jika disebut soal halangan dan cabaran, buat masa ini saya masih belum dapat menduga….tetapi jika disebut soal komunikasi dengan pihak atasan, InsyaAllah tiada masalah dalam perkara ini berdasarkan jaringan yang telah sedia ada sama ada dengan pihak konsulat atau kementerian kerana saya bukan mewakili diri saya, tetapi mewakili dan membawa suara MyPSA seluruhnya.
Mungkin cabaran yang paling besar ialah menyatukan semua kita penuntut Postgraduate Malaysia dan keluarga di WA tanpa mengira kaum, fahaman, tajaan dan sebagainya. Namun, saya yakin InsyaAllah perkara ini boleh diperbaiki, bahkan sebagai langkah awal saya telah pun berhubung dengan wakil AMWA untuk kita usahakan kebersamaan ini. Selain itu, InsyaAllah dalam lantikan EXCO MyPSA, kita akan membariskan gabungan penuntut dan juga Tourist/Tursua bagi menjamin pandangan dan permasalahan semua dapat diketengahkan.
3. Apakah “Differentiating factor” saudara, yg membuatkan warga myPSA perlu memilih saudara, dan bukan calon lain ?
- Saya lebih suka berkerja secara tersusun mengikut perancangan yang telah ditetapkan pada awal penggal pentadbiran. Sebab itu saya nyatakan usaha untuk “brainstorming Activity” sebaik sahaja InsyaAllah jika saya diberikan keprcayaan oleh teman-teman MyPSA WA.
“KEBAJIKAN KITA, AMANAH KAMI”
“BERSAMA KITA KUKUHKAN MyPSA WA”
Ikhlas,
Ahmad Fareed Ismail
Calon Presiden MyPSA WA 2009
_,___ Assalamualaikum dan Salam Perpaduan, Buat teman-teman MAWAR dihormati, Untuk makluman ahli-ahli MyPSA WA dan MAWAR group seluruhnya…Saya AHMAD FAREED ISMAIL adalah calon Presiden bagi MyPSA WA bagi penggal 2009. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mencalonkan saya. InsyaAllah, saya menerima pencalonan ini bagi menghormati suara dan HARAPAN teman-teman MyPSA yang mencadangkan nama saya. Terima Kasih. Saya yakin sebahagian besar mungkin tidak mengenali saya disebabkan saya “masih muda remaja” di bumi Perth ini…Bak kata pepatah “TAK KENAL MAKA TAK CINTA”, justeru saya titipkan di sini laman web saya, yang mengandungi biodata, CV dan pengalaman organisasi saya untuk teman-teman membuat pertimbangan yang sewajarnya…URL nya adalah seperti berikut: http://sites.google.com/site/fareedcv2009/Home Untuk mengetahui HALA TUJU yang bakal saya bawa dalam MyPSA, pastikan teman-teman sekalian layari laman web saya itu di bahagian: InsyaAllah, sekiranya teman-teman layari laman web saya itu, pasti teman-teman memahami aspirasi dan kesungguhan saya untuk memastikan keberlangsungan MyPSA WA. Kerana saya menginsafi bahawa saya bukan sekadar menanggung amanah teman-teman di Perth sahaja, tetapi lebih daripada itu di hadapan Maha Esa kelak..Wallahualam Sebarang pertanyaan atau persoalan atau ingin mengenali saya dengan lebih dalam, teman-teman dialu-alukan mengajukannya di sini (secara terbuka atau persendirian) atau di YM saya ayed81@yahoo.com InsyaAllah, berpegang kepada prinsip ketelusan akan saya cuba jawab segala persoalan yang teman-teman kemukakan. Akhirnya, saya menyeru teman-teman “postgraduate” yang masih belum mendaftar sebagai ahli MyPSA WA atau sahabat-sahabat kita yang lain….
“KEBAJIKAN KITA, AMANAH KAMI”
“BERSAMA KITA KUKUHKAN MyPSA WA”
Wassalam Ikhlas, Assalamualaikum dan Salam Perpaduan, Teman-Teman MyPSA sekalian, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mencalonkan saya…InsyaAllah, saya menerima pencalonan ini bagi menghormati suara dan HARAPAN teman-teman MyPSA yang mencadangkan nama saya. Terima Kasih. Terima Kasih juga kepada Jawatankuasa Penaja yang telah menyebarkan makluman berkaitan diri saya melalui borang Kempen Calon secara rasmi….Cuma saya rasa “TAK KENAL MAKA TAK CINTA”, justeru saya titipkan di sini laman web saya AHMAD FAREED ISMAIL, yang mengandungi biodata, CV dan pengalaman organisasi saya untuk teman-teman membuat pertimbangan yang sewajarnya…URL nya adalah seperti berikut: http://sites.google.com/site/fareedcv2009/Home Untuk mengetahui HALA TUJU yang bakal saya bawa dalam MyPSA, harap teman-teman sekalian layari laman web saya itu dan klik di InsyaAllah, sekiranya teman-teman layari laman web saya itu, pasti teman-teman memahami aspirasi dan kesungguhan saya untuk memastikan keberlangsungan MyPSA WA. Kerana saya menginsafi bahawa saya bukan sekadar menanggung amanah teman-teman di Perth sahaja, tetapi lebih daripada itu di hadapan Maha Esa kelak..Wallahualam Sebarang pertanyaan atau persoalan atau ingin mengenali saya dengan lebih dalam, teman-teman dialu-alukan mengajukannya di sini (secara terbuka atau persendirian) atau di YM saya ayed81@yahoo.com Salam Perpaduan “KEBAJIKAN KITA, AMANAH KAMI”
“BERSAMA KITA KUKUHKAN MyPSA WA”
Ikhlas, |